Selasa, 19 Januari 2016

martabat tujoh

AHAD, ISNIN DAN ILMU MARTABAT TUJUH

Subhanallah. Terbaca komen seorang hamba Allah bertanyakan secara retorik kenapa hari Ahad tidak dipanggil sebagai hari Wahid? Terus muncul satu rentetan jawaban yang berkaitan dengan ilmu martabat tujuh.

Ia berkenaan ayat Al-Quran yang menyatakan alam dicipta dalam 6 masa. Maksudnya 6 fasa/peringkat tanazulat/penurunan ya, bukannya hari. Sebab pada awal penciptaan mana ada masa apa lagi matahari untuk menyatakan panjangnya suatu hari?

Daripada peringkat Ahad yang Esa (dalam ilmu martabat tujuh ia disebut sebagai martabat Ahadiyah) baru muncul segala ciptaan. Pada peringkat ini tiada sesuatu pun berserta dengannya. Ini adalah martabat yang disebut dalam Hadis Qudsi Kuntu Kanzan Makhfiyan bahawa "Aku adalah harta yang tersembunyi. Aku cipta makhluk supaya Aku dikenali".  Bila masuk peringkat kedua dan seterusnya baru ada wujud yang 'lain'. Maksudnya makhluk atau wujud 'selain Allah' walaupun hakikatnya semua yang wujud tetap bayangan Allah belaka. Kesemua 6 peringkat penurunan dalam proses untuk menzahirkan penciptaan dicampur satu peringkat awal zat Ahad yang Esa itu menjadi 7 peringkat dalam ilmu martabat tujuh.

Yang ini saya sudah lama tahu. Tapi bila dikaitkan dengan nama2 hari, baru tadi dilontarkan ilmu ke dalam hati...

Hari pertama kita sebut sebagai Ahad. Memang kena dengan martabat Ahadiyah tadi.

Hari Isnin kena dengan martabat kedua dalam ilmu martabat tujuh iaitu Wahdah. Pada peringkat inilah dicipta Nur Muhammad, juga dikenali sebagai Hakikat Muhammad.

Ah. Terjawablah juga kenapa baginda Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin. Sedangkah sering disebut penghulu hari adalah Jumaat. Kenapa baginda tidak dilahirkan hari Jumaat? Hmmm... :]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar